BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
;

Saturday, August 29, 2009

Logo merdeka 1988...

Merdeka..ohh..merdeka..hmm dh tba bulan kemerdekaan la plak ea..kadang2 aku tgk hari merdeka zaman aku kecik dulu dh x semeriah ari kemerdekaan pada masa kini..dulu kalu sebut je pasal merdeka mesti la cuti sekolah..mmg la bes nk selebret ari 2..nk pulak ada siaran tv keta berhias..huhuhu..bes oww.panadai lak diorang bt keta 2 jd macam2..tp merdeka la nie cm hambar je..yang ada cuma bendera..nk pulak waktu sekarang, bkan lgu patriotik yang berkumandang tp lagu raya yang lagi sakan aku dgr org pasang..hahaha..al maklum la blan merdeka taun ni jtuh dlm bulan puasa..sume pakat lentok je ek..tp aku kt tnjung malim ni kra bersyukur la x pnas cm kt tmpat aku nu..perlis la..kt sni sjuk je memanjang..x la lth sgt..tp kalau kt perlis 2 paham2 je la, nak kuar rumah pun x sanggup time tgh ari..punya la panas..tp panas 2 kn rahmat jgak,,so aku x ksh sbb dh biasa..hehehe..

k la ni aku nk tunjuk logo kemerdekaan taun aku dikeluar kan dari perut mak aku ke tanah melayu..pada masa ni la logo kemerdekaan berkumandang kt tv x pun kt surat kabar la especely..ni aku show kt korang sume tema logo taun 1988 atau pada korang yang kuar seangkatan sama ngn ngn aku..


Tema : Bersatu
Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia.

Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini.

Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Warna kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu

Pengishtiharan Kemerdekaan...

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!




Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.

Tuesday, August 11, 2009

Tokoh Seniman ( Ukiran Kayu )

WAN SU OTHMAN

s3Beliau dilahirkan pada tahun 1899 di Pengakalan Kubu, Tumpat, Kelantan merupakan tokoh seni ukir terkenal di Besut, Terengganu. Mewarisi bakat seni datuk saudaranya Nik Wan Ali, tukang ukir di Istana Patani. Sejak kanak-kanak lagi, bakat sebagai pengukir telah menyerlah pada diri beliau. Ketika berusia 12 tahun, beliau telah melukis dan mengukir watak-watak dalam wayang kulit Melayu. Hasil ukiran utama Wan Su ialah pintu utama Muzium Negara, pintu utama dan Dewan Santapan Istana Sultan Pahang di Pekan, Dewan Santapan Istana Sultan Selangor, Rumah Sri Tanjung Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Istana Badariah, Kuala Terengganu, Panca Persada Bersiram Tebal, Istana Maziah, Kuala Terengganu, Logo Hijrah, dan Logo Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Wan Su pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang seni ukir kayu pada tahun 1985 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Tokoh Budaya ASEAN di Brunei Darussalam pada tahun 1993. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan melatih generasi muda dalam bidang seni ukir di galerinya iaitu Galeri Wan Su di Besut, Terengganu. Pada tahun 1997, beliau merupakan penerima Anugerah Seniman Negara yang ketiga.

Tuesday, July 28, 2009

Skecth Motif




Motif Pilihan

Assalamualaikum..
emm ni adalah pilihan motif yang dipilih untuk ukiran kayu. pemilihan motif ini adalah kerana sy minat sgt ngan bunga yang mempunyai daun yang bergigi..selain daripada 2 jugak la sy minat kerana ade kisah yang tersembunyi di sebalik pemilihan motif ni...cerita nya begini dlu sy x minat langsung la nk mkn ulam kampung ni..dah la pahit huuhu...tp semua tu berubah bla sy termakan ulam raja..haha..mahal 2 ulam ni..ngt raja je ke leh mkn..rakyat pun mkn ulam 2..hahah..sjak2 2 aku mulai suka tambah lak di cicah ngan air asam ke,cencaluk ke,...mau tambah 2 kali aku ari mkan nasik..hehehe..so selepas 2 aku dah mula suka ngn ulam ni..sampai ak kna suh maka aku la tnamkan ulam 2 kt umah..akhirnya brjaya..tiap2 hari mesti dogol pokok 2 sbb hilang pucuknya..apa lagi ak la yang tibai..hahaha..last2 cam ne ntah tba2 pokok 2 mati..huhuh..myb sbb pnas sgt kot..maklum la aku stay kt perlis..mmg la pns..sjak2 akux jmpa dh..tp nasib ak bek..bru je 2 ari lepas ak dh jmpa blik ngn ulam kesayangn ak..hehe..2 pun kt abuya..aku tau bdk upsi msti tau lah sal kedai paling ok n bjet low ar..hehehetp bt masa sekarang aku dh x panggil la pokok 2 ulam raja..tkut raja marah lak kn..ye la hangtuah kata pantang org derhaka pada raja..so aku dh panggil ulam 2 ulam rakyat..hehehe..x slahkn..selain 2 aku mula mengolah ulam 2 menjadi motif kegemaran aku..tp sal motif ni x pandai sgt ak nk olah besa la bri thap beginner la..so apa pun aku nak mintak tunjuk ajar lecturer or my sifu la..hehe..harap2 dia dpat ubah n bg tunjuk ajar supaya aku bleh bt motif ni jd menarik..ok sebelum 2 aku sediakn la motif yang aku lakar..x la cntik cm org pro..stakat nmpak je..huhu..k bye..adioss..assalamualaikum...

Tuesday, July 21, 2009

Amazing Sculpture




The Creative Art


Thursday, April 2, 2009

Kehidupan Aku...


Assalamualaikum...selamat pagi...hehehe..kali ni aku nk cte pasal diri aku la..
aku ni bkan la rajin sangt..malas je..tapi kalau kengkawan ajak g mancing 2 go on je..hehehe..

Ah malas la nk cte pnjang2..nk tau email aku je..hehe...k lah aku ni ade 2 orang je adik bradik..adik aku 2 sorng je..(pompuan la) ..dia baik sangat..kalau aku sakit dia lah jd dayang aku..heheh..makan amikkan..minum pun bawakkn kat aku..kadang2 aku cian lak kt dia..tp dulu rajin gak kna marah ngan aku..asal aku ajar dia homework je..rajin la dia nk nangis..heheh..aku ni jnis garang sket..tambah2 bab melukis ni..asyik kna kutuk je dia ngn aku..hehehe..bukan ape aku nk dai pandai mlukis je..

emm..umah aku skung kt Arau Perlis je..sape2 yang teringin nk datang 2 mai je la..tp korang kna tahan la sket panas ea..
hehehe..

Sepanjang hidup aku, aku pun x tau aku nk jd pe..pas masuk UPSI ni lah bru aku nmpak masa depan aku..heheh..sblum ni aku teringin sangat nk jd Arkitek..tp mgkin dah takdir aku kn jd cikgu kot..heheh
so aku go on je..nk didik anak bangsa menjadi pelukis terkenal..aku nak ubah persepsi orang skung ni,,asal je sebut pasal art sume orang pandang rendah..sebenarnya diorang x tahu yang art ni lah yang mendidik kita sejak kecil lagi..n art lah yang dapat membuat sume orang gembira..ramai oarang yang beranggapan art ni bidang yang x kemana tp diorang slap..art ni dapat bt orang jd jutawan..orang skung ni nk sanjung rang bila dah berjaya tp sebelum tu kna hina lgi da la..

So Aku bt blog ni sebagai nk menaikkan taraf Art di Malaysia ni kt mata masyarakat sekeliling..terutamanya kt masyarakat kt umah aku nu..aku tau diorang slalu pandang rendah kt aku n mak aku yang jd mangsa..aku cian sgt kt mak aku 2 asyik terasa je..so aku nk buktikan kat orng kampung aku dengan art ni aku dapat sara kehidupan ibubapa aku mnjadi lbih baik lg dari sekarang..aku nk jga diorang seperti mana diorang dah bnyak berkorban kerana aku..sampai la aku masuk u ni..

So sekarang aku nak..ubah dunia ni macam Shah Rukh Kahn ubah Gurukul la..cewah..hehhehe..so aku perlukan sokongan Korang..hehehe

Episod Pengenalan...(",)


Assalamualaikum..terlebih dulu aku nak ucapkan bnyak2 terima kasih kpd sume yng telah byak tolong aku sepanjang hayat aku ni..terutamanya kepada kedua mak ngn ayah aku yang aku paling sayang sangat..kepada kawan aku n kepada insan yang menjadi kenangan abadi aku..hmmm.. ok aku x nk ungkit cte lama..skung aku nk berubah...aku nk bt sume orng kt sekeliling aku hepy n teruskan perjuangan..hahaha First skali akurasa betuah sangat dapt masuk upsi ni..mmg bes lah..dah 2 dapat lak bidang yang sejak dari aku kuar ke dunia ni aku minat..hehe..bidang lukis la...hehehe.. So, melalui site aku ni aku nk share la ngn korang sume about art aku sepanjang hidup aku dari x pndai lukis ape hingga la bleh lukis la...thnk kt mak aku, dia la my first art teacher aku..hehehe..aku respect la kt dia..x sangka skung aku dah jd panadai la jugak dalam bab art ni..thnks Mom..i love u.. Em ape lagi ea nk cte kt bab pengenalan ni..kalau ikut aku, aku nk cte bnyak..tp mlas la nk taip..hahaha..so aku stop episod ini kt sni je la..hehehe..sesiapa yang nk bekenalan ngn aku n berkongsi ape2 saja lah terutamanya about art ni..leh lah email aku ea.. ni address email aku..>> alif_ara88@yahoo.com Ok..aku brangkat dlu..samekomm..sebelum 2 aku show la kt korang keje art2 aku yang paling aku sayang..