BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
;

Tuesday, August 11, 2009

Tokoh Seniman ( Ukiran Kayu )

WAN SU OTHMAN

s3Beliau dilahirkan pada tahun 1899 di Pengakalan Kubu, Tumpat, Kelantan merupakan tokoh seni ukir terkenal di Besut, Terengganu. Mewarisi bakat seni datuk saudaranya Nik Wan Ali, tukang ukir di Istana Patani. Sejak kanak-kanak lagi, bakat sebagai pengukir telah menyerlah pada diri beliau. Ketika berusia 12 tahun, beliau telah melukis dan mengukir watak-watak dalam wayang kulit Melayu. Hasil ukiran utama Wan Su ialah pintu utama Muzium Negara, pintu utama dan Dewan Santapan Istana Sultan Pahang di Pekan, Dewan Santapan Istana Sultan Selangor, Rumah Sri Tanjung Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Istana Badariah, Kuala Terengganu, Panca Persada Bersiram Tebal, Istana Maziah, Kuala Terengganu, Logo Hijrah, dan Logo Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Wan Su pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang seni ukir kayu pada tahun 1985 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Tokoh Budaya ASEAN di Brunei Darussalam pada tahun 1993. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan melatih generasi muda dalam bidang seni ukir di galerinya iaitu Galeri Wan Su di Besut, Terengganu. Pada tahun 1997, beliau merupakan penerima Anugerah Seniman Negara yang ketiga.

0 comments: